Powered By Blogger

Ahad, 1 Januari 2017

Happy New Year 2017

Assalamualaikum (selamat sejahtera keatas kamu) wahai sahabat-sahabat sekalian.

Dan tidak lupa juga Salam tahun baru yang ke 2017 mengikut kalendar masihi ya ;).

Semoga tahun ini lebih diberkati dan diredhai oleh Allah .

and Welcome To My Life......@sinoora_tiqa

Wah,semalam dapat ucapan “Happy New Year” dari pelbagai golongan ; ramai yang hantar video bunga api.

Meriah bak ang,best sangat,tiqa tengok bunga api kat skrin laptop/smartfone je lah ..

Fuhh,sedih tak dapat tengok yang real depan mata ;’( .

Maklumlah sekarang musim ‘final exam’ untuk pelajar-pelajar UPM di sini ya..

Pelajar-pelajar disini berhempas pulas dan berperang dengan kertas peperiksaan .fuhh hebat~ demi mencapai gunung puncak ‘dean list’.

Oh tiqa pon sama tapi mcm semestar ni ‘dean list’ menjadi angan-angan di awangan.

Belajar macam tak belajar tetapi itulah perlu kuatkan keazaman dan mencari kekuatan yang hilang di sebalik dinding kegelapan untuk mecari ‘kerajinan’ dalam diri ini yang semakin hilang ditelan dek arus pemodenan (eh,ada kena mengena ka? ;’).

Sebenarnya, mood nak balik rumah semakin menggegarkan minda dan jiwa Tiqa untuk “oooo balik kampong.ooo balik kampong..ooo balik kampung,hati girang” lagu ni sudah menyanyi-nyanyi dalam diri Tiqa,.

wahh nak balik rumah~

2 bulan beb tak balik rumah (elleh 2 bulan sahaja pon nak bising) suka hati Tiqa lah.. haaaa!~lain orang lain lah tahap kerinduannya ,betul tak? (memandai buat fakta sendiri,XD).

Hari ini,dengan mood tahun baru ni,Tiqa buat apa ya? (macam lah ada orang tanya -_-")

Tiqa hari ini study sahaja lah kerjanya,. Tapi tak lah whole day study...Jadi mayat hidup kang nanti..XD

Then,main game kat muka buku (facebook).Criminal case.

Usha profile orang.Baca status manusia.Komen .(takda kerja sungguh XD).

Haha..

Dinner ,perghh~ kafe banyak tak bukak..yela..cuti tahun baru kan..makcik dan pakcik kafe ni pon masak apa yang ada ja.

Jadi,Tiqa belilah ‘syawarma’ (roti macam capati + sayur + kentang +daging ) selalunya sedap tapi disebabkan ramai pelajar yang kelaparan menyerbu gerai dia,pakcik tu buat banyak sangat kot,tu yang tak berapa nak sedap.

hmmm sedih rasanya perasaan ini dan aku sekarang masih kelaparan..walawei~

Walaupun cerita aku untuk hari pertama tahun baru ni tak berapa nak gempak atau best sangat atau bahasa melayu yang tunggang langgang penggunaanya.

Tidak mengapa korang,aku akan cuba memperbaiki lagi penulisan aku yang agak kolot ini (mungkin dah lama tinggal SPM ni kot XD )..


Ilal liqa’…good bye… sayonara korang~ :3

Sabtu, 23 Mac 2013

(⌒.−)=★You Be Kind / Awak Jadi Baik♥(✿ฺ´∀`✿ฺ)οΎ‰

Bab One

"uhuk..uhuk..uhuk.."pedihnya tekak aku ni.Nak kata tak makan ubat lagi,baru sepuluh minit lepas baru telan ubat batuk yang baru dibeli semalam oleh teman sebilik kesayangan aku tu.Ha..!!Sebut pasal dia ni,mana pula dia pergi.tadi kata nak pergi dorm sebelah je.Maisarah..Maisarah..ni mesti ada gosip terbaru ni.Kalau tak pun pergi lantak makanan dorm sebelah tu.Maklumlah baru 3 hari lepas balik cuti raya ni,banyaklah bekalan kuih raya dibekalkan oleh ibu bapa masing-masing untuk anak kesayangan mereka ini ye.

Aku bangun sambil mengambil segelas air masak kat tepi katil aku yang memang kebiasaan untuk aku minum malam-malam buta.Aku ni penakut sikit.Kadang-kadang nak pergi tandas pun,aku ajak Maisarah sekali.Bengang gila dia kat aku.Nak buat macam mana.Aku ni memang penakut sangat.Nak ajak orang lain?Seganlah pula aku.Aku ni bukan peramah sangat macam Maisarah tu.Aduhai!!Apelah malang nasib aku ni.Malu tak bertempat betullah.

"ha!!"
"Allahu Akbar"
"hahahahaha..kan dah kene...dok berangan apa tu..sampai x sedaq kite kat belakang ni"
"astaghfirullahalazim!!ape ni Mai.Terkejut aku tau tak.Selamat jantung aku ni masih dalam keadaan yang baik...Kalau tak inalillah dah aku ni tau..cubelah bayangkan kalau aku ade sakit jantung...tak ke cari nahas  namanye tu"
"haiyaa...apelah ini budak...itu pun nak membebel"
"memang..memang"
"sebab tau jantung kau eloklah aku buat gitu..ha..!! ni batuk kau tu dah elok dah ke.??"
"alhamdulillah..sudah semakin baik dah..just perit sikit je...kadang tu aku fade up dah dengan batuk ni...selalu sangat nak batuk..susah betullah."
"Alhamdulillah bagus lah..sabar!! sabar!!..Allah baru bagi sikit je ujiann kat kau...sebab die nak uji tahap keimanan kau kat Dia...Allah tak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hambaNya tu.faham tak??"
"faham ya ustazah bakal pendakwah milenia..hehe...alhamdulillah..betul cakap kau tu..Setiap kesakitan yang Allah bagi kat HmabaNya akan menghilangkan dosa-dosa kecil kite kan..faham..! faham..! tapi kenapa aku rasa macam ada bau something ye..kau ada bau tak??"
"bau?? bau apa??"
"alaa..adelah...cube kau bau kat sekeliling kau tu.."
"oit..oit...kau perli aku lah tuu yer....kurang bin asam betul lah..nah..ambik kau"

Gedebush!!Maisarah membaling bantal asrama yg agak keras tu...Sakit kot..

"Dah tu,siapa suruh tak pergi mandi lagi.Tadi bukan main paksa aku mandi awal lah .Nanti aku demam pulak lah itulah inilah seterusnyalah..selepas inilah..kemu.."

"Oit oit nenek, jangan dok berletiaq lah.Ya,aku nak pergi mandi lah ni.ha tengok ni tuala dah ada kat atas kepala aku ni ha.comel tak?"sambil menggayakan tuala tu macam ala-ala selendang.
"Tadi memang on the way nak pergi mandi tapi bila dah jumpa Iera..ermm kau faham faham jelah..banyak gosip dia tau.."Maisarah menyambung kembali sambil tangan dia tak henti henti melilit lilit tuala.
"Dah macam 'gula-gula putih'dah aku tengok kau ni.belit sana belit sini..aku sembelih kang..haha"aku membalas
"Oit oit,mulut tu baim sikit ek.nanti ada.kat.."
"Aaaaa diam-diam sudah.shuh shuh..aku rasa nak pitam dah dengan bau kau ni"
"Yela"Maisarah pon berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.
"Macam-macam lah Maisarah ni"detik ku di dalam hati.

sambungan......